26.11.07

Marhani's Wedding

Bertolak ke Mersing pada jam 6 pagi hari Sabtu. We planned on leaving at 5 a.m, but of course someone forgot to set his alarm. Perjalanan ke Mersing dari KL sangat jauh, OK! Sangat memeningkan dan memabukkan haha pasal jalan di sangat berliuk lintuk dan bersimpang siur.

Mar Nikah pukul 10:30, kitorang sampai almost 11:00. So we missed her nikah ceremony. Aliflah, bawak slow sangat kat jalan berbelok-belok tu. Dia bawak 1 3/4 jam, Zufri bawak 1 jam jek. Tapi horrorlah cara Zufri bawak.

Anyway, lepas kenduri Mar tu, kitorang dibawa oleh Syat ke bandar Kluang. Kitorang lepak kat the Original Kluang Station. Cuma yang kat OU dia panggil Kluang Station, kat Kluang dia panggil Kluang Rail Coffee. Kopi dia memang layan. Layan abis. Lagi sedap dari yang kat KL ni, in my humble opinion. Nasi goreng dia sangat kecil, comel, lazat dan murah. Nasi lemak dia sangat yummy dan pedas. Aku ngan Alif jek yang melantak. Zufri dan Syat hanya melihat. Nasib baik ada Alif. Yelah, bila lagik nak pegi Kluang kan?

Lepas tu Syat belanja macam-macam lagi, seperti keropok kerepek, dan cendol perisa udang. Hahaha. Akhirnya sampai KJ around 10:45 p.m.

Penatnya ya ampun. Aku sampai je terus tidur. Oh ye, sebelum gerak tu, kitorang lepak rumah Agus (adik Syat) kat Kluang. Aku siap mandi-mandi lagik. Kecoh betul. Aku konon nak berbaring-baringan, tapi biasalah terus tertido. Bangun-bangun jek tengok aku dah berbaju tido! Aku rasa ternoda! Tapi rupa-rupanya Zufri salinkan baju aku jek. Hahaha. Kononnya aku ni penat semacam lah, tapi bukannya aku bawak keta pun. Bagusnya dapat Zufri yang suka menyalinkan baju. Silap-silap, dia boleh tolong cucikan mekap dan bukak contact lenses sekali jika diberi didikan. Kui kui.

Azam tahun baru : mendidik Zufri ke arah kebaikan aku. Muahahahahaha.

p/s : ye ye jek tajuk Marhani's wedding. wakaka. nanti aku upload gambaran. susahla pc aku kat opis ni. nak kena pagi cc ke? tension.

p/s2 : eh gambar nikah aku dah ada kat http://rozekruzaini.fotopages.com. Aku tak sempat tengok lagi. Kat PC ofis ni kabur. malas nak layan.

3 comments:

Alif said...

OI!
1 3/4 jam pon, at least we got there safe kan! hmph.

p/s: at least i admit to my mistake. :P

love always,
the wedding planner.

He & She said...

A-ha! At last you have your true colours, shining through like the rainbow.

Amboi, blogger profile kau private ke?

aliffazli said...

eh private ke?.. masa tu tgh update kot... shouldnt be private now.. i think...