17.12.07

Masalah lagi..

Jumaat lepas ada valuation dekat satu kondominium 42 tingkat ni. Aku pegi dengan beberapa senior, dan kitorang naik lif tergantung tu sampai tingkat 42. Lepas tu boleh tak diorang singgah check setiap tingkat?! 42 tingkat OK?! Serius. Pecah lutut aku. Macam orang tua-tua macam tu. Argh! Macam mana aku nak tingkatkan performance lutut aku ni? Bulan depan kena buat valuation lagik!

Oleh kerana itu, petangnya aku MC. Hahaha. Doktor yang bagi, OK. Aku tak mintak pun. So kitorang pun balik JB around 3:30 pm.

Zufri tekan abis-abis minyak, adalah mencecah 150-160 km/j. Kelisa je tu. Sekali kat Yong Peng kitorang tengok jarum rpm tu dah melayang-layang, dah tak terikat dengan kelajuan kereta. Aku ingat dia rosak, rupanya bila Zufri masuk gear lima, tekan minyak macam tak masuk gear. Paham tak maksud aku? Macam korang tengah free gear, sekali kau tekan minyak.

Gear box rosak daaaa. Jadik dari Yong Peng ke JB slowla kitorang bawak. Adala dalam 70-80 km/j. Gear 5 takleh masuk. Gear 4 pun kengkadang dia tendang, kengkadang bole masuk. Terpancar kecuakan di wajah Zufri. Aku biasa jek. Bukan salah aku, kan? Hahahaha.

Malam tu pegi wedding Syahirah. Sangat meriah. Sangat banyak bergambar, tapi aku tak bawak kamera. Kamera aku rosak, kan? Malas nak layan dah. Lepas tu hari Sabtu pegi servis keta. Patut lepas wedding Shirot tu kitorang nak balik KL terus pasal Sabtu tu wedding Abg Romy. Tak pegilah kkitorang ke wedding tersebut.

Yang horrornya pasal wedding tu kan, anak Abg. Mamat, Amin, he sort of went missing. The whole ceremony came to a halt since everyone went looking for Amin. Gile stole the limelight. And the most shocking thing is he was found at a graveyard some 8km away! Amin said a man took him there, and when he refused to follow him any further he scolded Amin gila-gila until he wet his pants. Amin ni ganas budaknya, so bila dia kencing dalam seluar ni mesti kes yang sangat berat.

Very horrifying. Wish I was there, haahaha. Silap-silap aku yang kena culik. Wakakaka.

p/s: Boleh tak mata aku tembel? Arghh!! Sabtu ni nak sanding lagikla! Janji aku tak ngendap orang! Tapi tembel belah dalam. Boleh?

1 comment:

Rose said...

Tak sabar nak tgk ko bersanding kat Sg Petani.Malam esok aku balik Kelantan then friday balik Penang balik just to attend your wedding!!See you there!