It’s Emma’s first day at any school ever. We’ve been
practicing going to bed earlier and waking up earlier this past week. Can’t say
that it worked all the time, but today was pretty easy. Last night I gave Emma
like little pep talks to get her excited about going to school this morning. So
I showed her this is your sabun. Written here is your name, E-M-M-A. This is
you toothbrush. Written here is your name, E-M-M-A. Bla-bla-bla. Lepas tu dia
kata meh mummy Emma nak tulis nama Emma. So she opened her notebook and wrote
E-M-M-A.
Such a proud moment.
Kerana begini. Aku pernah bercerita secara verbal
kepada kawan-kawan. Pernah aku cuba nak mengajar Emma huruf. Aku ajar basic je
pun, A-B-C. Ya Allah, stressnya aku masa tu. Siap bawak keluar hanger (aku
pukul kerusi sampai patah hanger tu), menangis nangis melalak lalak anak aku.
Kesian sangat. Mula-mula dia okay je tulis A-B-C. Lepas tu mulalah, aku tanya
lepas beberapa minit, ni apa. Dia pergi tengok muka aku, sengetkan muka dia,
jari ketuk-ketuk pipi, Apa eh? Aku dah start stress dah masa tu, banyak kali
dia buat aku macam tu hahaha. Lepas aku patahkan hanger tu, aku kata kat dia
kalau malas nak belajar tak payah belajar! Duduk rumah je jadi orang gaji!
Hahahaha. Adoi. Lepas tu aku putuskan untuk
menyerahkan tugas mendidik ni kepada yang arif. I mean, I still try to teach
her from time to time, practice her writing bla bla bla tapi tak secara
intensif hahaha. Aku yang tak reti mengajar kot.
So bila Emma eja nama dia sendiri tu tanpa disuruh
dan tanpa stress on my part, aku rasa sangat bangga. Hahaha. Tu belum reti buat
matematik lagi tu. Mau aku pengsan kebanggan. Haha.
So berbalik pada hari pertama Emma di sekolah, aku,
Zufri, Pipi dan Aisha semua satu rumah hantar Emma. Sampai je depan pintu, dia
salam cikgu dia, bukak kasut, bukak stoking, terus masuk dalam. Tak
pusing-pusing tak salam salam tak babai babai pun. Cis. Tapi Alhamdulillah lah
yang dia okay aje pagi tadi. Aku panggil dia keluar balik, salam-salam,
peluk-peluk (mata dah berair dah masa ni, tapi kalau aku menangis takut Emma
pulak menangis (walaupun aku rasa dia tak menangis pun kot)) babai-babai, dia
pun turun main gelongsor dengan kawan-kawan.
Alhamdulillah. Harap-harap Emma terang hati untuk
menerima ilmu. Ameen.
Saya akhiri post ini dengan gambaran Emma di pagi hari, gembira untuk memulakan sesi persekolahan.
2 comments:
Alahai...Emma sangat cute!!!
Tunggu Emma pandai Math pulak
sheeeshh emma dh besar laa. susah la nk sakat dia lagi.
Post a Comment