3.7.09

On Breastfeeding

Alhamdulillah, I have been breastfeeding Emma for 11 months now. Dan Alhamdulillah juga kerana perjalanan kami dimudahkan Allah. Like I once said, I’ve been supplying Opah with 15oz of expressed breast milk from the time I started work, but since almost a month ago its been reduced to only 12oz to 13oz daily. Maybe its because she eats more during the day. Its getting harder for me achieve my daily quota of 15oz now. I blame it on the new healthy lifestyle I’m leading. Hehe. Tapi syukurlah kerana Emma anak yang memahami kesulitan mummynya. Huhuhu. When I get more, I will supply her with more.

At home, I do not have an emergency can of formula. I always set in my mind that what I have is enough for my baby. Tapi, aku juga tak bersetuju dengan ibu-ibu yang terlalu fanatik dan taksub dengan susu ibu sehingga sanggup bagi anak mereka minum dan makan benda-benda mengarut instead of feeding them formula. Maka sekiranya terpaksa (aku jatuh sakit ke), aku merelakan Emma diberi formula.

Oh, Emma kelmarin diberi formula oleh Opah kerana katanya susu yang aku bekalkan tak cukup. Memanglah tak cukup. Aku hantar jam 11 pagi berbekalkan 5oz je. Dengan niat agar dia menelefon aku untuk menghantar susu, lalu aku akan ambil Emma pulang siap-siap. (Insiden berlaku pada hari Isnin yang aku MC tu). Remuk redam hati aku, pasal bukannya aku tak ada stok susu di rumah!

Eh apa motif post aku ni? Post post aku semua takde motif, kesinambungan dan kesimpulan lah.

Aku mengantuk and my contact lenses are bothering my eyes. Haha. Dan kekenyangan (baru lepas lunch). Oh lunch tadi dapt banyak sedikit, 4oz. Harap soon akan kembali mencapai quota. Insya Allah.

Miss Tang busy dengan tender projek Valencia Phase 4F. Mujur bukan aku yang handle. Mujur Valencia yang aku take over dari Soo Lin tu dah nak Final Account. Pasal tu lah aku ada masa nak memblog. Ke meblog? Atau mungkin mengeblog? Aku suka memblog. Oh I’ve come across the word ‘asumsiasi’ which is taken from the English word ‘assumption’. Perlukah? Bukankah kita sudah ada perkataan tanggapan? Berpendapat? Cis sungguh lah author itu. Asumsiasi. Bah!

Oh mungkin kesimpulannya adalah untuk breastfeed your baby for as long as you can, dan dalam Islam mengatakan sehingga 2 tahun, jadi harapan aku adalah agar Emma akan dapat yang terbaik dari aku selama 2 tahun. Lepas tu stop OK. Hehe.

Alright then. Time to go home. Have a happy and safe weekend!

P/s: Malam ni Zufri ajak pergi OU, ada sale di Golf House. I wonder what else he wants to buy.

1 comment:

ein asari said...

good luck on the stopping part, mak aku cakap it takes a hell out of tricks to make babies stop sucking those nips... but no wonder la emms sgt bina semangat... baru kite tau skarang makcik....